BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 15, 2009


panduan umum buat kertas kerja
1.0 AbstrakAbstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dan diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu paragraf serta tidak melebihi 100 perkataan dalam satu halaman sahaja. Abstrak tidak sama dengan sinopsis atau ringkasan tesis. Abstrak boleh ditulis satu langkau atau satu setengah langkau. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas bidang kajian, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelidikan dan keputusan yang diperolehi. Bagi pelajaran yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.2.0 Halaman KandunganHalaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kajian , iaitu Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama daripada bab- bab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi perkara- perkara berikut:§ Pendahuluan;§ Kajian Literatur;§ Objektif Penyelidikan;§ Eksperimen atau pengumpulan data;§ Dapatan dan Perbincangan; dan§ Kesimpulan.3.0 RujukanRujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan kajian. Pelajar diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan selepas teks. Senarai ini disusun me ngikut satu daripada kaedah yang diberi . (APA) PANDUAN MENULIS RUJUKAN.4.0 JidarPada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah.5.0 Penomboran HalamanNomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.1. Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman hendaklah memenuhi syarat berikut:(i) Bahagian permulaan , bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii, dsn); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Arab (1, 2, 3, dsn).(ii) Halaman pertama ialah halaman judul, dianggap sebagai halaman "i" tetapi tidak ditaip.(iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman "1" tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambilkira bagi menomborkan halaman berikutnya.(iv) Jik a kajian terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran halaman.6.0 Jarak dan FormatPelajar dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks:(i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 2.5 cm;(ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab dengan baris pertama teks ialah empat (4) baris;(iii) Jarak di antara sub - judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah empat (4) baris;(iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah dua(2) baris;(v) Jarak di antara perenggan ialah dua (2) baris;(vi) Mulakan sub- judul berserta nombornya dari jidar kiri;(vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27 cm (atau 0.5 inci) dari jidar kiri;(viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman;(ix) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua(2) baris.(x) Jarak antara nokhtah (.) dengan huruf pertama ayat berikutnya (dalam paragraf yang sama) ialah dua (2) huruf.(xi) Jarak selepas koma (,) ialah satu (1) huruf.7.0 Format Penulisan Bahan RujukanDalam penulisan kajian, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.(i) BukuNama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit. hlm.Contoh:Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th ed.Englewood Cliffs, N. J.: Prentice- Hall. 150–178. (ii) Artikel dalam bukuNama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. JudulBuku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.Contoh:Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87. (iii) Artikel dalam jurnalNama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor):hlm.Contoh:Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs, Part D. 127(6): 272- 284.(iv) Artikel daripada persidanganNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan. Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.Contoh:Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15- 18. Dearborn, Michigan: IEEE, 360- 365.(v) TesisNama Penulis (Tahun). Judul. Nama Institusi: Tesis.Contoh:Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer . Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.(vi) PerundanganNama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.Contoh:Malaysia (1983). Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah . : P.U.(A)41 1983.(vii) PiawaiNama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.Contoh:British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.London, BS 1297.(viii) PatenNama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).Contoh:Lindgren, E. A. (1960). Screen Room Air Inlet and Wave Guard . (U.S. Patent2, 925, 457).(ix) Katalog dagangNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.Contoh:Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: Partitioning in Business. Redhill(U.K.): Trade Brochure.(x) Lukisan Terukur dan TeknikNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.Contoh:Zairul Azidin Badri (1980). Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.Salim Man (1989). Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: PandanganIsometrik. UTM: Lukisan Teknik.(xi) Bahan Sumber Yang Tidak DiterbitkanTuliskan mengikut format sama seperti di atas, tetapi ditulis Tidak diterbitkandiakhirnya.Contoh Senarai Rujukan mengikut Sistem Pengarang dan Tahun diberi dalam8.0 Rujukan Dari InternetWalaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumat dalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke semasa. Keadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak “reliable” untuk jangka panjang. Oleh itu internet hendaklah dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber asal sesuatu rujukan.Contoh senarai rujukan mengikut sistem pengarang dan tahunAhmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu UntukPemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah. American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of AmericanChemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical Society. Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms .New York: Engineers Joint Council.Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation of Waste.London: Elsevier. 314–362.Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: Constraints – Objects Descriptions.Technical Report. ILOG S. A.Puget, J. F. and Albert, P. (1994b). A C++ Implementation of CLP. TechnicalReport. ILOG S. A.Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71-87.Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th edition.Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.Veres, S. M. (1990). Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New York: Gordon and Breach Science Publishers.Nota: Disusun mengikut abjad nama penulis.Contoh senarai rujukan (mengikut sistem nombor)1. Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th edition.Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150– 178; 19842. Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71–87; 19873. Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. InstnElectr. Engrs, Part D, 1980, 127(6): 272-284.4. Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems inNoisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18,1996. Dearborn, Michigan: IEEE, 1996. 360-365.5. Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia; 19896. British Standards Institution. Tongued and Grooved Software Flooring.London, BS 1297. 19877. Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,457. 1960.8. Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.): Trade brochure.1984.9. Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems inNoisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn, Michigan: IEEE. 1996. 360-365.
Posted by harmanharun_kohort7 at 7:21 PM 0 comments

Kertas kerja bengkel buat blog
BENGKEL PENGHASILAN BLOGANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN( PENGURUSAN PENDIDIKAN )SESI 2009/20111. PENGENALANMedia massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru, kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.2. RASIONALKaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.3. OBJEKTIFMelalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog.3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan wargapendidik.4. KOMPONEN KURSUSTerdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:4.1 Ciri-ciri Blog4.2 Pedagogi4.3 Persembahan & Pemurnian5. METODOLOGIKursus ini akan dijalankan dalam bentuk:
5.1 Pendedahan blog5.2 Tunjukcara bina bahan5.3 Perbincangan5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUSKursus ini dijalankan selama 1 hari seperti berikut:
6.1 Tarikh : 15.10.2009(minggu ke-13)6.2 Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg6.3 Tempat : TMNU 356.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)7. KUMPULAN SASARANSeramai 30 peserta melalui PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKANRujuk lampiran A8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA8.1 En.Saharidun bin A.Rani9. PERASMI9.1 Dr.Khuan Wai BingKetua Jabatan Falkulti Perniagaan dan Ekonomi10. SUMBER KEWANGAN10.1 Yuran kelas11. KOS PENGURUSAN11.1 OS29000
- Makan Peserta 36 orang x RM5.00 x 1 hari = RM 165.00- Saguhati Fasilitator = RM 200.00- Pelbagai = RM 100.00- Jumlah = RM 415.0012 HASIL YANG DIHARAPKANAdalah diharapkan peserta dapat keyakinan menguruskan blog dan menjadi penulis blog di peringkat pengurusan nanti. Dengan terbinanya blog bagi setiap peserta adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien.
Posted by harmanharun_kohort7 at 6:52 PM 0 comments
Tuesday, September 15, 2009

Pengurus PJK HARMAN
Pengurusan Pengolaan Aktiviti Di SekolahAbtrakSemua pegawai atau pengurus yang berkerja dalam sesebuah organisasi berada dibawah arahan pengurusan atasan dalam sistem pentadbirannya. Oleh itu mereka mesti tahu bagaiman sistem pengurusan beroperasi dalam organisasi itu. Pengetahuan ini amat penting kepada pentadbiran agar mereka boleh boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan.1.0 PENDAHULUANPada masa ini, pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah atau sekolah menengah bergantung pada minat, komitmen dan kesungguhan guru atau jurulatih serta pemantauan yang dilakasanakan oleh pentafbiran sesebuah sekolah. Aktiviti sesetangah sekolah tidak dijalankan langsung sepanjang apabila sekolah mendapat guru penasihat atau jurulatih yang tidak berminat dan tidak komited. Sebaliknya, perstuan yang mendapat guru inovatif dan minat dan komited pula melaksanaankan aktiviti sekolahnya sepanjang tahun.Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah atau menengah. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Selain itu aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, semester, penggal dan tahun. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian lain menetapkan hari tertentu, samada hari persekolahan, hujung minggu, bagi melaksanakan aktiviti untuk tahun berkenaan.Persatuan dalam unit berniform paling banyak boleh melaksanakan samada akviti berlandaskan skim lencana yang tersedia atau aktiviti tambahan. Aktiviti dalam bidang sukan dan permainan pula termasuklah latihan mingguan, pesta liga, pesta tahunan dan sebagainya.Terdapat pelbagai tujuan di adakan pertandingan dan aktiviti dalan bidang kokokurikulum. Anataranya :1. Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang yang diceburi.2. Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.3. Pelajar sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi sesuatu pertandingan.4. Menanam semangat positif dikalangan pelajar.5. Melatihkan pelajar membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti teratur dan sistematik.6. Memberi peluang kepada pelajar memperagakan bakat dan kebolehan mereka.7. Mengimbangkan tahap pencapaian antara aktiviti kurikulum dan kokurikulum.2.0 JENIS-JENIS AKTIVITIDi sekolah rendah dan menengah, mendapat pelbagai jenis aktiviti boleh dilaksanakan oleh persatuaan. Antara aktiviti termasuklah :1. Olahraga2. Lawatan3. Perkhemahan4. Kajian Luar5. Seminar/Forum/Dialog/Persidangan6. Kawad7. Pesta Kebudayaan8. PameranPerkhemahanHampir semua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah seperti program motivasi, kursus-kursus, perklhemahan tahunan unit berunifom dan pertandingan lain yang melibatkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan samada dilaksanakan 100% peserta di dalam khemah atau didalam gajet atau sebagainya.Kebanyakan pelajar sangat berminat menyetai perkhemahan. Pergerakan Pengakap memulakan aktivit perkhemahan, iaitu tahun 1907 di Pulau Browsea, England. Perkhemahan dalam pengakap lebih dikenali jambori. Jambori ini diadakan samada diperingkat daerah, negeri atau negara. Bahkan jambori dalam pengakap diadakan diperingkat serantau dan antara bangsa. Kini, hampir semua unit beruniform menmgadakan perkhemahan.Kejohanan OlahragaKini, hampir semua sekolah rendah atau sekolah menengah mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Kejohanan olahraga diadakan diperingkat daerah, negeri dan negara. Berbagai-bagai jenis permaian dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Secara amnya, terdapat tiga kategori permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olehraga yang dipertyandingan di peringkat sekolah rendah atau menengah, iaitu1. Sukaneka2. Acara balapan3. Acara padanag.Lawatan ( Kajian Luar )Sesebuah sekolah boleh mengadakan lawatan ke tempat tertentu seperti tempat bersejarah, tepi pantai, kilnag perusahaan, institusi pendidikan, air terjun dan sebagainya. Lawatan merupakan kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah kepada pelajar. Pelajar memperolehi ilmu dan pengetahuan secara langsung. Sebelum membuat sesuatu lawatan, Seseorang guru perlu mengikut bebarapa prosedur. Anatara prosedur tersebut ialah :1. Mendapat kebenaran guru besar dan pengetua.2. Mengisi borang kebenaran permohonan lawatan dan mengajukannyakepada JPN.3. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan ditenpat yang bakaldilawati.4. Mengurus pengangkutan dan penginapan.5. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa.6. Mengadakan taklimat dan mengagihkan tugasan kepada peserta.3.0 Prosedur Mengendalikan aktivitiPerancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangat penting bagi mencapai matlamat sesebuah sekolah. Kejayaan sesuatu aktiviti program bergantung pada perancangan, pelaksanaan dan pengendalian aktiviti tersebut dilaksanakan. Perancangan aktiviti bermaksud merancang, merangka, menyusun, aktiviti dan menyelaras tugas yang telah dirancang. Mengedalikan aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.Sebelum sesuatu aktivi dilaksanakan, jawatankuasa kerja persatuan perlu membuat perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Antara tujuan mengadakan perancangan aktiviti ini adalah supaya aktiviti yang dirancang lebih menarik, mendatangkan manfaat dan menghasilkan kejayaan selaras dengan matlamat penubuhan persatuan berkenaan. Antara langkah bagi merancang program dan aktiviti ialah :1. Membuat kertas kerja.2. Mengadakan mesyuarat penyelarasan.3. Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan tugas.4. Mengadakan mesyuarat susulan.5. Mengedalikan semua surat-menyurat.Sebelum membuat sesuatu aktiviti, seseorang guru perlu mengikut beberapa prosedur. Antara prosedur tersebut adalah seperti berikut :3.1 Menyediakan Kertas KerjaKertas kerja merupakan cadangan dan perancanagn bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebelum sesuatu aktiviti, jawatankuasa yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan. Perancangan tersebut termasuklah perkara-perkara seperti bila, bagaimana, siapa dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti (program). Aantaranya ialah :1. Pendahuluan2. Objektif dan matlamat3. Tema4. Tarikh dan tempoh perlaksanaan5. Tempat6. Dif perasmian7. Bilangan penyertaan dan kategori8. Bayaran9. Syarat-syarat penyertaan.10. Jawatankuasa kerja11. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan12. Perbelanjaan13. Pendapatan14. Penutup15. Lampiran-lampiran(jika berkenaan)3.2 Mengendalikan Semua Surat-menyuratSurat menyurat amat penting di sekolah dan di luar institusi pendidikan dan kerap kali dilaksanakan. Seorang guru penasihat atau jurulatih sesebuah persatuan sentiasa mengutus surat-surat rasmi kepada guru besar/pengetua, persatuan induk, agensi sokongan dan sebagainya. Antara surat yang dilaksanakan oleh persatuan adalah seperti :1. Surat siaran2. Surat Kebenaran ibu bapa penjaga3. Permit kebenaran tertentu seperti polis4. Jabatan Penganggutan Jalan5. Pesuruhjaya daerah, Pengerusi Daerah6. Kebenaran ibu bapa7. Peraturan keselamatan4.0 PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENGELOLAANSebelum melaksanakan sesuatu aktiviti sekolah beberapa perkara yang berkaitan dengan peraturan dan langkah yang perlu difikirkan oleh urusetia atau pentadbir atau jawatankuasa pengelola bagi menentukan kejayaan sesuatu aktiviti. Semua peraturan dan langkah pengelolaan tersebut harus meliputi tiga peringkat, iaitu :1. Sebelum aktiviti dilaksanakan.2. Semasa aktiviti dilaksanakan.3. Selepas aktiviti dilaksanakan.4.1 Sebelum Aktiviti DilaksanakanBeberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh urus setia atau jawatankuasa pengelolaan sebelum sesuatu aktiviti itu dilaksanakan. Antaranya ialah :1. Senarai semak berlandaskan akviti yang dilaksanakan.2. Taklimat kepada para peserta.3. Menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa.BiliJawatankuasaBidang Tugas1Pengerusi- Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan aktivit, peserta dan semua jawatankuasa yang terlibat.- Mengendalikan taklimat kepada peserta.2Setiausaha- Mengurus semua urusan surat-menyurat dan bertulis yang berkaitan dengan aktiviti dan membantu penguru dalam urusan yang berkaitan.- Menyiapakan buku program3Bendahari- Mengurus kutipan bayaran peserta.- Mengurus semua pembayaran dan perkara yang terlibat dengan kewangan semasa aktiviti(program)4Urusetia- Memastikan perjalanan aktiviti berlangsung dengan baik dan tepat pada masanya.- Bertangguingjawab kepada jawatankuasa Kerja.- Menyebarkan maklumat kepada peserta seperti peraturan pertandingan atau aktiviti.- Memastikan semua peralatan pertandinngan cukup.-Memastikan semua pertandingan mempunyai halim dan peserta mengikut setiap arahan pertandingan.- Mengurus kebajikan peserta.5Disiplin danKeselamatan-Memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam keadaan baik sepanjang aktiviti.-Mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pengawal dan petugas sepanjang aktiviti.6Siar Raya- Menghubungi pihak media masa- Menyiapkan kain rentang, poster dan sebagainya diletakkan di tempat yang sesuai sepanjang kursus berlanmgsung.- Menyelaras sidang ahkbar jika ada.- Menyelaras hebahan dan juruacara.-Menyelaras penerima hadiah atau cendera mata dengan urus setia.- Memastikan semua latan siar raya berfungsi dengan baik.7Aktivi kerohanian- Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian.- Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap solat.- Memastikan peserta bukan islam mengamalkan ajaran agama masing-masing.8Pendaftaran- Memastikan pendaftaran peserta.- Memastsikan jumlah peserta cukuup sepanjang aktiviti berlansung.9Hadiah, Cenderahati dan Sijil- Menyedia, Mengurus dan menyusun cendera hati, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta.- Menyelaras dengan uruseti atau hakim keputusan bagi sesuatu pertandingan.10Makanan dan Minuman- Mengurus makanan dan minuman peserta sepanjang program- Membuat tempahan makanan dan minuman peserta dan jemputan sepanjang program.11Penginapan- Mengurus penginapan peserta, urus setia, hakim dan jurulatih.- Bekerjasama dengan jawatankuasa keselamatan sepanjang program.12Juru gambar- Mengambil foto yang perlu sepanjang program13Juru latih- Memastikan para peserta faham dan berlatih setiap acara yang dipertandingankan.- Melatih pasukan dengan latihan secukupnya.- Mengisi borang pertandingan.- Memastikan semua peserta hadir semasa haripertandingan.- Memberi sokongan moral kepada peserta.14Hakim- Menentu dan menyelaras syarat-syarat pertandingan dengan urusetia, jurulatih, peserta bagi setiappertandingan.- Memastikan hakim yang secukupnya bagi aktiviti pertandingan.- Memastikan pengadil hadir tepat pada waktunya.- Menyediakan borang pemarkahan dan mengisi borang markah nagi setiap pertandingan.- Menyerah kepuitusan pertandingan kepada urus setia.Senarai SemakSenarai semak bagi sesuatu aktiviti sangat penting bagi menentukan tindakan yang dijalankan mengikut perancangan. Dengan cara ini, pihak sekolah dan jawatankuasa dapat mengesan masalah-masalah yang timbul dan tindakan yang belum dilaksanakan. Seterusnya langklah untuk mengatasinya dapat diambil dengan segera. Berikut satu contoh senarai semak bagi kursus kepimpinan yang boleh diubah suai dan digunakan semasa mengendalikan sesuatu program di sekolah.Jawatan/PeranantarikhTanda √Jika selesaiCatatan1. Penyelaras Program- Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan aktivit, peserta dan semua jawatankuasa yang terlibat.- Mengendalikan taklimat kepada peserta.2. Setiausaha- Mengurus semua urusan surat-menyurat dan bertulis yang berkaitan dengan aktiviti dan membantu penguru dalam urusan yang berkaitan.- Menyiapkan buku program3. Bendahari- Mengurus kutipan bayaran peserta.- Mengurus semua pembayaran dan perkara yang terlibat dengan kewangan semasa aktiviti(program)4. Urusetia-Mesyuarat penyelaras pertama.-Mesyuarat penyelaras kedua.-Membuat surat lantikanpegawai/jurulatih/pengadil-Memastikan perjalanan aktiviti berlangsung dengan baik dan tepat pada masanya.-Membuat jadual bertugas bagi jawatankuasa dan urus setia.-Membuka bilik urusetia.-Menyebarkan maklumat kepada peserta seperti peraturan pertandingan atau aktiviti.- Menyenaraikan dan menyediakan semua keperluan peserta dan hakim cukup.-Memastikan semua pertandingan mempunyai halim dan peserta mengikut setiap arahan pertandingan.- Mengurus kebajikan peserta.5. Disiplin dan keselamatam-Memberi taklimat kepada peserta tentang peraturan.- Memberi taklimat tentang jadual atau tentatif program- Mengadakan jadual bertugas bagai AJK6. Siar Raya- Menghubungi pihak media masa- Menyiapkan kain rentang, poster dansebagainya diletakkan di tempatyang sesuai sepanjang kursusberlangsung.- Menyelaras sidang ahkbar (jika ada).- Menyedikan jadual tugasanmemberihebahan dan juruacara.- Memastikan semua alatan siar rayaberfungsi dengan baik.7. Kerohaniaan- Mengenal pasti dan melantik imamatau ketua agama- Merancang aktiviti agama.- Membuat jadual giliran iman dan bilal8. Perndaftaran- Mendapatkan nama setiap pasukan daripada pengurus.- Mendaftarkan peserta dan memerhatikan peserta cukup semasa aktivit dijalankan.9. Hadiah, Cendera hati dan Sijil- Mengenal pasti jumlah hadiah,cendera hati dan sijil.- Membuat tempahah haidiah, cendera hati dan sijil.-Mengambil hadiah, cenderahati dan sijil.-Membungkus hadiah dan cenderahati.-Mengurus dan menyusun cenderahati, hadiah dan sijil berkaitan mengikut susunan.10. Makanan dan Minuman- Mengenal pasti menu.- Menempah makanan secukupnya.- mengedarkan makanan kepada semua yang trelibat.11. Penginapan- Mengenal pasti tempat.- Membuat tempahan.- Mnentukan penginapan peserta dan pegawai mengikut jantina.- Menyerahkan kunci
12. Jurugambar- Mengambil gambar sepanjang aktiviti13. Jurulatih- Melatih peserta- Memberi taklimat kepada peserta tentang peraturan dan syarat-syarat pertandingan.- Mengisi borang pertandingan.- Memastika semua peserta hadir- Memberi sokongan moral pada peserta.14. Hakim- Menentu dan menyelaras syarat-syaratpertandingan dengan urusetia, jurulatih,peserta bagi setiap pertandingan.- Memberi taklimat syarat-syarat pertandingan kepada peserta/pengurus bagi setiap pertandingan.-Mengadakan taklimat kepada hakim/pengadil pertandingan.- Memastikan kehadiran hakim yangsecukupnya bagi aktiviti pertandingan.- Memastikan pengadil hadir tepat padawaktunya.- Menyediakan borang pemarkahan dan- Mengisi borang markah nagi setiappertandingan.- Menyerah kepuitusan pertandingan kepada urus setia selepas acara dijalankan.4.2 Semasa Aktivi DijalankanDalam setiap aktiviti atau pertandingan, pihak urusetia atau penyelaras program hendaklah memastikan beberapa langkah keselamatan. Antaranya ialah :1. Memastikan tempat dan peralatan aktiviti/pertandingan selamat digunakan oleh para peserta dan pegawai.2. Memastikan pegawai/pengadil/hakim sentiasa berada ditempat pertandingan.3. Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/hakim.4. Memastikan peserta melapor diri kepada pengurus peserta.5. Menyediakan peralatan pertandingan, aktiviti yang secukupnya bagaisetiap acara atau aktiviti.6. Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.7. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiapindividu/pertandingan.8. Memberi taklimat kepada para peserta mengenai acara, syaratpertandingan atau aktiviti dan langkah-langkah keselmatan yang perludiambil tindakan oleh setiap peserta.4.3 Selapas Aktiviti Dijalankan.Selepas aktivi dijalankan, penganjur atau urus seti atau Pengerusi Jawatankuasa Pengelola perlu memastikan bebarap perkara yang diselesaikan. Fungsi Jawatankuasa Pengelola akan berakhir selepas laporan penilaian dan laporan-laporan berkenaan yang lain diserahkan kepada guru besar atau pengetua. Di bawah ini, terdapat bebarapa perkara yang perlu diselesaikan seleapas sesuatu aktiviti dilaksanakan. Iaitu :1. Membersikakan kawasan yang digunakan.2. Membayar semua bil dan perbelanjaan.3. Memastikan barang-barang/peralatan yang dibawa cukup.4. Memastikan barang yang dipinjam dipulangkan.5. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal.6. Memastikan peralatan tidak tercicir di tempat aktiviti.7. Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta.8. Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan dan laporan lain yang difikrkan perlu.9. Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang memberi sumbangan dan kerjasama5.0 PENILAIAN DAN PELAPORANSelepas sesuatu aktivi dilaksanakan, setiausaha jawatankuasa perlu memanggil mesyuarat post-mortem bagi membincangkan aktiviti yang dilaksanakan. Semua maklum balas yang diberikan itu dapat digunakan sebagai sempadan dan panduan bagi melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Vasudevan(1987) menyatakan bahawa penilaian bagi pentadbir adalah diberi untuk tujuan :1. Menetukan sejauh manakah objektif dan matlamat aktiviti tercapai.2. Memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti atau program.3. Mengetahui keberkesanan pelaksanaan pelaksanaan dan tugas setiap jawatankuasa.4. Menentukan jumlah program atau aktiviti yang dijalakan berbanding yang disarankan.5. Menggalakan jawatankuasa menyesuaikan dam memperbaiki proses serta langkah-langkah melaksankan tugas.6. menentukan sama ada semua opersi dijalankan mengikut rancangan yang diatur supaya membaiki kelamhan dan kagiatan yang tidak sepadan.7. menyemak pencapaian pentadbiran.Penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Penilai secara formal dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan dan diedarkan kepada para peserta untuk mendapat maklum balas. Penilaian tidak formal pula boleh boleh didlakukan secara bualan dan pemerhatian yang tidak distruktur atau dirancang samada dilakukan semasa atau selepas aktiviti dijalankan.6.0 Mesyuarat Post MortemSetiap Jawatankuasa Kecil perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas mereka. Kadangkala mesyuarat post mortem ini dilaksankan secara tidak formal, terutama melibatkan aktiviti persatuan yang kecil. Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah dalam mesyuarat ini adalah samada tanggungjawab Jawatankuasa Kecil tersebut dapat dilaksanakan dengan licin atau sebaliknya, Jawatankuasa Kecil ini juga boleh membincangkan berkaitan pelaksanaan aktiviti, masalah yang dihadapi, cara penyelesaian, pendapat umum dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Keputusan mesyuarat perlu dihantar kepada setiausaha untuk laporan keseluruhan aktiviti.Kadangkala setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat post-mortem serentak bagi membincangkan perkara-perkara di atas. Setiausaha akam mencatat pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya daripada jawatankuasa yang hadir mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Selepas itu setiausaha akan membuat laporan aktiviti untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Namun kebanyaknya di sekolah tidak menjalankan mesyuarat post-mortem selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Ini merupakan satu cara yang tidak patut diamalkan. Apabila mesyuarat post-mortem dilakukan, pandangan daripada semua ahli dapat diketengahkan. Segala kekurangan dapat diatasi dan diambil kira, dan kekuatan akan diteruskan untuk aktiviti yang selanjutnya.7.0 MENYEDIAKAN LAPORAN AKTIVITIApabila mendapat maklum balas sama ada secar formal atau tidak formal mengenai pelaksanaan aktiviti, pengerusi atau setiausaha setia Jawatankuasa Kecil membuat laporan bertulis kepada setia usaha. Seterusnya setiausaha perlu membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan. Antara perkara yang perlu dimasukkan ke dalam laporan aktiviti ini adalah seperti berikut :1. Pendahuluan2. Tarikh dan masa3. Tempat4. Bilangan penyertaan (peserta/jurulatih/pegawai/pembantu)5. Dif yang hadir (VIP)6. Dif yang merasmikan (VVIP)7. Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kecil8. Laporan atur cara dan aktiviti yang telah dilaksanakan9. Laporan kewangan10. Laporan Jawatankuasa Kecil11. Penilaian keseluruhan12. Masalah yang timbul13. Pandangan dan cadangan untuk membaiki dan mengatasi14. PenutupLaporan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa akiviti. Mesyuarat ini merupakan tugas yang terakhir bagi jawatankuasa aktiviti sebelum dibubarkan.BiblografiMohd Salleh Aman. 2005. Asas Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur : PenerbitUniversiti Malaya.Mohd Salleh Aman. 2006. Pengurusan Sukan- Aplikasinya Di Malaysia. KualaLumpur : Penerbit Universiti Malaya.Ab Halim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak kerja Kokurikulum. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti.Bahagian Sekolah, Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum SekolahKebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990.Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH )NotaRingkas Fasa Asas, 2002 , Pahang : Institut Aminuddin Baki, KementerianPendidikan Malaysia.
Posted by harmanharun_kohort7 at 3:14 PM 0 comments

Contoh Kertas Kerja Sumber Manusia
1.0 PengenalanGuru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda besar dalam melaksanakan proses pendidikan secara berkesan. Fokus utama perlu ditumpukan terhadap aspek perkembangan emosi, keluhuran rohani, kekuatan mental, keutuhan keimanan dan ketakwaan, kemantapan budaya dan moral, kemampanan jati diri dan semangat patriotik yang kental. Dalam proses membina agenda ini, guru mestilah berjiwa besar kerana tugas ”memanusiakan manusia” ini adalah sangat kompleks dan mencabar.Sebahagian besar pemikir dan penulis futuristik bersetuju bahawa negara yang bercita-cita tinggi dan mahu memimpin abad ke-21 mestilah membangunkan generasi bermaklumat, berpengetahuan, saintifik dan berbudaya sains serta tinggi budaya ilmu. A.Toffler (1980), Stonier (1983), Naisbitt (1983), Higgin (1998), Valida (2000) dan Anderson (2000) telah merumuskan bahawa komuniti berilmu akan menguasai abad ke-21 kerana kecemerlangan pengetahuan, kekayaan maklumat dan berbudaya saintifik. Kerjaya guru masakini adalah semakin mencabar dalam membentuk generasi baru yang mampu mendepani cabaran semasa. Harapan ini adalah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, gagasan negara Wawasan 2020 dan cita-cita murni Islam Hadhari. Matlamat pendidikan telah digariskan seperti berikut:· Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.· Melahirkan insan berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.· Menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.· Memberikan peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Program pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada dalam atau di luar organisasi. Penilaian Perlaksanaan tugas dijalankan untuk pekerja-pekerja baru dan berpengalaman dalam mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan. Keseluruhan proses tersebut meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi tersebut, dimana ia memenuhi kehendak pekerja dan seterusnya menyumbangkan kearah kelancaran pergerakan organisasi (Ricks, Ginn, dan Daughtrey, 1995).Pengurusan kerjaya kakitangan merupakan satu aktiviti pembangunan sumber manusia yang sangat penting bagi sesebuah organisasi yang mahu terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Hal ini disebabkan pengurusan kerjaya yang melibatkan pelbagai jenis aktiviti bagi membantu dan menggalakkan para pekerja melakukan perancangan kerjaya serta mampu membentuk pekerja yang berwawasan dan bermatlamat. Para pekerja yang sebagini sangat penting bagi organisasi kerana metlamat selalunya memberi kesan-kesan yang positif terhadap kepuasan kerja dan motivasi2.0 Maksud pengurusan dan pembangunan kerjayaApakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kerjaya? Perkataan kerjaya ini mrmpunyai makna yang berlainan kepada individu yang berlainan. Ada orang yang menganggap perkerjaan yang mereka lakukan sebagai kerjaya, dan ada yang melihatnya sebagai kemajuan dan kejayaan seseorang dalam pekerjaan atau sesebuah organisasi. Namun begitu definisi yang lebih baik yang akan digunakan di sini ialah oleh Clark (1991) iaitu kesemua pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang, samada dirancang atau tidak, yang melibatkan elemen-elemen kemajuan diri, komitmen dan pembangunan diri dalam tempoh yang tertentu.Pembangunan kerjaya merupakan satu proses berterusan yang melibat dua kumpulan aktiviti iaitu perancangan kerjaya dan pengurusan kerjaya. Perancangan kerjaya merupakan proses menetukan matlamat kerjaya dan laluan kerjaya. Seseorang yang mempunyai matlamat kerjaya bererti dia mempunyai satu jawatan yang ingin dicapai pada suatu hari nanti sebagai sebahagian daripada kerjayanya. Dengan itu, dia perlu tahu apakah laluan kerjaya yang perlu ditempuhinya demi mencapai matlamat tersebut. Maksudnya disini, sekiranya seseorang ingin menjadi pengetua sekolah, maka dia harus sedar akan kemampuannya, serta peluang dan kekangan yang wujud disekelilingnya. Dia juga perlu tahu apakah pengalaman, tahap akademik, serta langkah-langkah yang harus di ambil yang membolehkannya layak menyandang jawatan itu.Pengurusan kerjaya pula bolehlah didefinisikan sebagai satu proses berterusan dalam penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan rancangan kerjaya yang dilakukan oleh seseorang individu secara bersendirian ataupun seiring dengan sistem kerjaya organisasi di mana ia bekerja ( DeSimone dan Harris, 1994). De Simone dan Harris (1994) merumuskan bahawa pengurusan kerjaya adalah satu proses berterusan dalam penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan rancangan kerjaya yang dilakukan oleh seseorang individu sama ada secara bersendirian atau pun seiringan dengan sistem kerjaya di dalam organisasi.Manakala Abdul Aziz Yusof (2002) pula menyatakan bahawa pengurusan kerjaya merupakan satu proses yang dirancang oleh organisasi dan merujuk kepada aktiviti-aktiviti sumber manusia seperti bimbingan kerjaya, penyesuaian, latihan dan pendidikan, pengulangan kerja dan sebagainya yang direka bentuk untuk dipadankan diantara minat dan kemampuan pekerja dengan peluang yang disediakan oleh organisasi.Pengurus masakini perlu sedar bahawa kejayaan organisasi banyak bergantung pada sumbangan pekerja sama ada dari segi fizikal atau intelektual. Pengurus perlu memberi tumpuan kepada pencapaian prestasi pekerja kerana ia akan mempengaruhi pencapaian organisasi keseluruhannya. Oleh sebab itu pengurus di sekolah, khususnya pengetua atau guru besar perlu memiliki kemahiran dalam pengurusan sumber manusia kerana guru merupakan aset yang paling berharga kepada sekolah. Abdul Aziz Yusof (2002), pula menyatakan pembangunan kerjaya adalah suatu usaha yang terancang, teratur dan secara formal untuk memenuhi keperluan kerjaya individu dan kehendak organisasi. Namun kerjaya guru masakini dianggap beku dan jumud kerana peluang kenaikan pangkat yang terhad dan terbatas. Hanya segelintir guru yang bernasib baik dan berpeluang menikmati kenaikan pangkat, manakala kelazimannya kerjaya guru akan bermula dan berakhir dengan tugas mengajar di dalam kelas.Pembangunan kerjaya guru amat kurang diperkatakan kerana masyarakat menganggap kerjaya guru adalah statik dan tiada prospek masa hadapan, tidak boleh menjadi kaya, ia lebih sesuai untuk kaum perempuan serta tidak mencabar. Adalah menjadi suatu perkara yang mengecewakan sekiranya seseorang itu hanya berada di dalam jawatan yang sama pada sepanjang kerjayanya. Guru yang berpotensi dan mempunyai cita-cita tinggi lazimnya akan mengintai-intai peluang untuk berhijrah ke sektor kerjaya lain yang lebih menarik dan mencabar untuk mendapatkan pulangan ganjaran yang lebih lumayan. 3.0 Definasi Latihan(Training)Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka.Menurut Cascio (1989), latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan/atau organisasi. prestasi yang bertambah baik, sebaliknya, menyiratkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan/atau kelakuan sosial.Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha/ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direkabentuk untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan , dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) latihan boleh didefinasikan seperti berikut:"Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang berkesan melalui sesuatu aktiviti atau pelbagai aktiviti. Tujuanya adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi tersebut"4.0 Definasi Pembangunan (Development)Menurut Truelove (1995), pembangunan adalah proses dimana individu itu belajar melalui pengalaman untuk menjadi lebih mahir. Motifnya adalah untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikan dalam latihan-bukan setakat prestasi semasa malah prestasi masa depan. Ia melibatkan konsep perkembangan psikologi, tahap kematangan dan menambahkan keyakinan diri.Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) pula, pembangunan adalah merujuk kepada penambahan keupayaan pekerja dalam mempertingkatkan kerjaya di masa hadapan dengan menekankan keyakinan diri dan kemahiran membuat keputusan. Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) pembangunan boleh didefinasikan seperti berikut:"perkembangan atau realisasi keupayaan seseorang, melalui pembelajaran sedar atau tidak sedar. Program pembangunan selalunya meliputi elemen pembelajaran terancang dan pengalaman, and selalunya disokong oleh seorang pengajar atau guru kaunseling"Secara tradisinya, pekerja tingkat rendah "dilatih", sementara pekerja tingkat atas "dibangunkan". Perbezaan ini, yang memusatkan pada pembelajaran kemahiran menggunakan tangan dibandingkan dengan kemahiran antara perorangan dan pembuatan keputusan.Latihan dan pembangunan adalah bidang yang khusus untuk membantu pihak pengurusan. Program latihan dan pembangunan keseluruhanya adalah bidang yang rumit dan kompleks. Dalam organisasi yang kecil, latihan dan pembangunan boleh menjadi mudah, cuma arahan dari penyelia organisasi. Dalam keadaan yang sebaliknya organisasi tersebut mungkin mempunyai pusat latihannya sendiri seperti Universiti Motorola yang dioperasikan oleh Motorola, Inc.5.0 Tujuan LatihanTujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut dapat mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya daripada sumber yang paling penting (dan yang paling mahal) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab itu, tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan , kemahiran, pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja itu. (Barry, 1994)Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan adalah:Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang tertentu.Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan..Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.Terdapat pekerja baru.Bagi pendapat G. A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan dengan kehendak pekerjaan, atau keperluan organisasi akibat dari transformasi. 6.0 Kaedah LatihanPada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling utama iaitu :Latihan Semasa Bekerja.Latihan Luar Masa Bekerja.6.1 Latihan Semasa BekerjaLatihan Sambil Bekerja maliputi beberapa kaedah seperti:6.1.1 Demonstrasi (Demonstration)6.1.2 Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)6.1.3 Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)6.1.4 Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and plannedexperience)6.1.5 Latihan berasaskan teknologi. (technology based training (TBT)).DemonstrasiDemonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah yang selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih. Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan tadi.Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang diberikan bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahan pelatih. Sebaliknya pelatih keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga kos yang agak tinggi diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.Latihan bersama JurulatihKaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait secara terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas. Jurulatih akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan lain perkataan jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala persoalan tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh memudahkan pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh jurulatih secara terperinci–dari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan ujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai.Latihan Buat KendiriIa adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan bahawa pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat mengenal pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada permulaannya, adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya bersesuaian dengan maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih ‘outline’ terhadap maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya untuk menyiapkan sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama laporan yang dihantar kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang bertanggungjawab didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.Pembelajaran TindakanDalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh masa mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan organisasi sendiri atau yang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pelatih akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pelatih yang terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan tugasan atau projek masing-masing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki sebarang kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan mereka dalam menjalankan tugasan mereka.Pusingan KerjaLatihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih dibeberapa jabatan organisai secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperolehi pelbagai pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secara keseluruhannya. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.Latihan Luar Masa kerjaLatihan Luar Masa Bekerja maliputi beberapa kaedah seperti:1. Kaedah Kuliah (Lecture)2 . Kaedah Kajian Kes. (Case Study)3 . Latihan Vestibul. (Vestibule Training)4 . Main Peranan. (Action Learning)5 . Permainan Pengurusan. (Business Games).Kaedah kuliahKuliah atau syarahan boleh ditakrifkan sebagai penyampaian kandungan kursus oleh seseorang pakar dalam bidang yang tertentu kepada sekumpulan pelatih atau pelajar yang tertentu kepada sekumpulan pelatih atau pelajar yang memainkan peranan yang pasif semasa kuliah disampaikan. Objektif utama kaedah ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan maklumat. Kaedah ini berguna untuk menerangkan isi pelajaran yang sukar dipelajari dengan membaca buku sahaja dan menyampaikan isi pelajaran terbaru yang belum dapat diperoleh daripada buku. Semasa kuliah disampaikan, para pelatih boleh belajar dengan cara mendengar, memerhati, membuat ringkasan, mengambil nota dan meminta penjelasan. Kandungan kuliah haruslah mudah difahami dan tidak terlalu implisit atau kompleks. Kandungan kuliah tersebut juga harus disusun mengikut arahan yang lagik. Kaedah kuliah akan lebih berkesan lagi jika digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain seperti perbincangan kumpulan dan teknil alat pandang dengar. Kaedah kuliah merupakan suatu kaedah yang cepat dan mudah untuk mencapaikan pengetahuan kepada kumpulan pelatih yang besar dan tidak memakan belanja yang banyak. Ini disebabkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan adalah ringkas sahaja. Akan tetapi, kaedah ini melibatkan perhubungan sehala sahaja dan tidak memberi seseorang pelatih peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses latihan. Tambahan lagi, kaedah ini tidak begitu sesuai bagi pelatih yang kurang berpendidikan atau kurang cerdas.Kaedah kajian kesKes ialah penguraian sesuatu situasi atau masalah yang sebenar atau yang dicipta khas bagi tujuan pengajaran. Kaedah kajian kes bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Kaedah ini memmerlukan pelatih mengenal pasti dan mengkaji masalah atau isu sesuatu kes dan menentukan penyelesaiannya. Pelatih juga dikehendaki menyediakan rancangan tindakan untuk melaksanakan keputusan mereka. Satu variasi pada kaedah kes ialah kaedah kajian. Jika kaedah kes yang biasa digunakan, pelatih diberi semua maklumat yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu kes; tetapi, jika proses kejadian digunakan cuma satu kejadian kes yang genting dihuraikan. Dari sini terpulanglah kepada pelatih untuk mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan untuk mendapatkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat tambahan untuk kes itu. Setelah semua maklumat yang penting diperolehi, pelatih boleh mula mengkaji kes yang berkenaan secara perseorangan atau berkumpulan. Kaedah kes membolehkan pelatih mengkaji isu-isu perniagaan yang realistik. Jika kaedah ini dikendalikan secara perbincangan, pelatih boleh bertukar-tukar pandangan dan idea dengan pelatih yang lain.Latihan Vestibul (Khas)Dalam latihan Vestiubul prosecdur dan peralatan yang sama atau yang hampir asama dengan prosedur dan peralatan yang digunakan ditempat kerja disediakan di ruangan latihan khas (atau Vestibul). Di Vestibul ini pelatih dapat belajar dalam keadaan terkawal dan mengikut keupayaan mereka sendiri tanpa menghadapi tekanan kerja yang sebenar. Misalnya, bakal juruwang boleh dilatih dipusat latihan yang disediakan dengan beberapa daftar tunai.Peralatan yang disediakan di Vestibul tidak semestinya peralatan yang digunakan ditempat kerja. Peralatan atau mesin simulasi yang hampir sama dengan peralatan sebenar juga boleh digunakan. Walaubagaimana pun peralatan ini harus direkabentuk dengan cara yang dapat memaksimum permindahan pembelajaran. Ini bermaksud peralatan simulasi harslah mempunyai sifat-sifat fizikal dan psikologi yang seakan-akan sama dengan kerja sebenar. Mesin simulasi biasanya digunakan sebagai pengganti mesin sebenar untuk menjimatkan kos dan kerana sebab-sebab keselamatan. Umpamanya, syarikat-syarikat penerbangan seper MAS sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk membeli simulasi penerbangan untuk melatih para pelatihnya. Mesin simulasi sedemikian memungkinkan latihan dijalankan dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Pelatih dapat diajar tanpa sebarang gangguan luar disamping berpeluang mengulangi prosedur-prosedur yang dikehendaki sehingga faham dan mahir.Main PerananPada asasnya, main peranan ialah lakonan spontan berkenaan sesuatu situasi atau kejadian. Pelatih diminta bertindak balas terhadap sesuatu situasi dengan beraksi sebagai watak yang tertentu dalam situasi itu. Pelatih dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah tertentu dengan membayangkan diri mereka sebagai watak yang sedang menghadapi masalah dalam situasi tersebut. Selainitu pelatih juga digalakkan mencuba pelbagai reaksi dan tingkahlaku dalam sesi main peranan. Lazimnya, tidak semua pelatih diberi peranan untuk dilakonkan. Setengah-setengah pelatih di beri tugas sebagai pemerhati yang bertanggungjawab mencatatkan pemerhatian mereka dan memberikan komen pada akhir sesi latihan main peranan. Teknik main peranan biasanya digunakan untuk melatih penyelia hubungan manusia dan jurujual teknik-teknik jualan. Selain itu, teknik ini seringkali digunakan untuk memperbaiki kemahiran pengurus dalam menjalankan aktiviti kaunseling, temiduga pekerjaan, penilaian prestasi, pembuatan lkeputusan, perundingan kontrak dan sebagainya. Teknik main peranan memberi pelatih peluang mempraktiskan teori-teori dan konsep-konsep yang telah dipelajari dalam kelas biasa. Teknik ini juga membolehkan pelatih memperoleh kemahiran komunikasi dan interaksi. Tambahan lagi, pelatih berpeluang memerhati dan mengkaji tingkah laku mereka sendiri serta tingkah laku pelatih lain, menetukan kelebihan dan kelemahan diri berpandukan maklum balasyang diberikan oleh pelatih lain serta mencotohi tingkahlaku pealatih lain yang baik. Oleh sebab main peranan merupakan lakonan sahaja, jadi ia tidak memberi kesan buruk jika berlaku kesilapan dalam penyelesaian dalam penyelesaian sesuatu masalah. Pelatih masih ada peluang untuk membetulkan kesilapan mereka.Permainan Pengurusan.Permainan pengurusan merupakan suatu latihan yang berasaskan sesuatu situasi perniagaan yang direka dan mirip pada keadaan yang sebenarnya. Jenis latihan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi kemahiran pelatih dalam pembuatan keputusan dan pengurusan organisasi. Dalam permainan pengurusan pelatih dibahagikan pasukan-pasukan yang tertentu. Setiap pasukan mewakili golongan pekerja yang tertentu (misalnya pihak pengurusan) dan mereka dikehendaki bersaing dengan pasukan lain dalam pasaran atau situasi perniagaan simulasi yang tertentu. Setiap pasukan perlu membuat keputusan-keputusan yang tertentu dalam permainan ini. Umpamanya permainan pengurusan yang berbentu pertandingan pasaran memerlukan pelatih membuat keputusan tentang harga keluaran, kapasiti pengeluaran, belanja pengiklanan, jumlah pinjaman yang dikehendaki dan seumpamanya. Keputusan setiap pasukan akan diproses secara manual atau dengan bantuan komputer dab hasilnya dalam bentuk laporan prestasi akan dipulangkan kepada setiap pasukan untuk penganalisisan dan keputusan masing-masing selanjutnya. Jenis latihan ini membolehkan keputusan bagi tempoh masa yang tertentu (misalnya, 10 tahun) disimulasikan. Selalunya, kriteria yang digunakan untuk menentukan johan permainan pengurusan ialah kriteria kuantitatif seperti keuntungan, pulangan daripada aset dan bahagian pasaran. Permainan pengurusan membolehkan pelatih memperoleh pengalaman membuat keputusan pengurusan dalam masa yang singkat. Hasil keputusan yang diambil dapat diketahui dengan segera. Pelatih juga berpeluang memperoleh permahaman tentang operasi orbanisai, proses ian interaksi kumpulan, kepimpinan, komunikasi dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kos yang mesti ditanggung untuk mengadakan janis latihan ini agak tinggi, terutamanya apabila kemudahan komputer digunakan memproses input keputusan pelatih.7.0 Laluan kerjaya GuruBerliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini, 2007, 218). Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut:Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau noviceGuru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginnerGuru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru;Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competentGuru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh. Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel;Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficientTerdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; danPeringkat 5 – Peringkat pakar atau expertBukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.Dalam usaha untuk memotivasikan guru serta meletakkan profesion keguruan setanding dengan golongan profesional lain, Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP), telah menggariskan teras strategik khas berkaitan dengan profesion keguruan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.Di bawah teras ini, KPM telah menggubal dasar untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut, fokus untuk memartabatkan profesion keguruan adalah:i. menambah baik sistem pemilihan calon guru;ii. memantapkan latihan perguruan;iii. memantapkan kerjaya guru;iv. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; danv. memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.Selain daripada meneruskan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti, KPM turut berhasrat untuk memastikan guru yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM telah menggariskan beberapa strategi berdasarkan fokus yang ditetapkan seperti berikut:i. Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.ii. Memantapkan latihan perguruan dengan:a) menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan;b) mereka bentuk serta menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru;c) meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan; dand) memperluas dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).iii. Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan kenaikan pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.iv. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.v. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan penyediaan mekanisme bekalan guru.8.0 Skim Perkhidmatan Profesion KeguruanTerdapat dua kategori skim perkhidmatan profesion keguruan iaitu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).Gred perkhidmatan di bawah skim PPPBS dan PPPS adalah seperti dalam rajah 2 berikut:PPP Lepasan Diploma
DGA32DGA38DGA34 DGA29
PPP SiswazahDG44DG41DG54JUSA CDG48DG52Rajah 2 Gred Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan PendidikanMenurut amalan sebelum ini, guru di bawah skim PPPLD akan ditugaskan untuk mengajar di sekolah rendah manakala guru di bawah skim PPPS akan ditugaskan di sekolah menengah. Namun demikian, di bawah inisiatif dan dasar pensiswazahan guru dan selaras dengan hasrat KPM untuk menempatkan 50% guru siswazah di sekolah rendah dan 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2010, amalan tersebut telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan kualiti pendidikan yang diberikan kepada murid.Sehingga 31 Januari 2007, terdapat seramai 198,894 orang guru yang berkhidmat di 7,621 buah sekolah rendah manakala terdapat seramai 140,988 orang guru yang berkhidmat di 2,055 buah sekolah menengah.8.1 Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion KeguruanKementerian Pelajaran menyedari akan keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh golongan guru mengenai peluang kenaikan pangkat yang amat terhad dalam profesion keguruan. Amalan yang diguna pakai tentang peluang kenaikan pangkat adalah berdasarkan kekananan atau seniority dalam perkhidmatan. Sehubungan itu beberapa insentif dan perjawatan baru telah diperkenalkan bagi memperluas peluang guru untuk menikmati kenaikan pangkat berdasarkan prestasi dan merit, dan bukan hanya berdasarkan kekananan semata-mata. Antara insentif dan peluang kenaikan pangkat adalah seperti berikut:8.2 Kenaikan pangkat secara time-based Khas Untuk Penyandang (KUP)Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002, guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secara time-based pada gred DG44.8.3 Memperluas Konsep Pengetua Kanan Gred DG52 (KUP) dan Pengetua Cemerlang Gred DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa CJawatan Pengetua Kanan Gred DG52(KUP) dan Pengetua Cemerlang DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pengetua sekolah yang menunjukkan prestasi yang tinggi dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Pemilihan dilakukan oleh Panel Penilai di peringkat KPM berdasarkan pencalonan dan perakuan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut syarat yang telah ditetapkan.Sehingga bulan Jun 2007, kuota yang diluluskan bagi jawatan Pengetua Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk gred JUSA C, 200 jawatan untuk gred DG54 dan 400 jawatan untuk gred DG52.Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi.8.6 Memperluas Konsep Guru Cemerlang Gred Khas C di Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Serta Menambah Kuota Guru Cemerlang DGA32 dan DGA34“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.”(Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang)Jawatan Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam profesion keguruan. Kenaikan pangkat dalam profesion keguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, profesion keguruan akan kehilangan guru pakar yang berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik. bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjahObjektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang adalah seperti berikut:i. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing;ii. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P);iii. Menjadikan Guru Cemerlang sebagai role model kepada guru lain;iv. Meningkatkan motivasi guru;v. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang;vi. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran;vii. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran; danviii. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track) Khas Untuk Penyandang (KUP).Sehingga bulan Jun 2007, peruntukan kuota bagi guru cemerlang ialah sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas C, 100 jawatan untuk gred DG54, 250 jawatan untuk gred DG52, 1000 jawatan untuk gred DG48 dan 4000 jawatan untuk gred DG44. Manakala bagi Guru Lepasan Diploma pula 800 jawatan untuk gred DGA34 dan 3200 jawatan untuk gred DGA32.Pelan tindakan KPM di bawah fokus memantapkan kerjaya guru turut mengandungi perancangan berikut:i. Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada gred DG44;ii. Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri;iii. Mewujudkan pelan pembangunan staf, guru cemerlang dan staf sokongan;iv. Menyediakan laluan fast track untuk guru berasaskan merit dan prestasi, bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama;v. Mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41;vi. Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi program pensiswazahan;vii. Menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan PhD;viii. Menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP pegawai di KPM/JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh 2 tahun);ix. Menambah baik norma perjawatan guru iaitu norma baru 1:1.7 menjelang tahun 2010;x. Menetapkan pemberian elaun kepada guru tugas-tugas khas; danxi. Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja guru.Perancangan yang komprehensif yang digariskan oleh KPM dalam usaha memartabatkan profesion keguruan melalui pewujudan jawatan, peluang kenaikan pangkat serta insentif lain merupakan satu inisiatif mulia yang mengambilkira keperluan profesion serta pembelaan hak dan nasib guru yang sudah sekian lama dipinggirkan jika dibandingkan dengan golongan profesional lain. Adalah diyakini, golongan guru akan beroleh kepuasan bekerja dan bermotivasi tinggi apabila segala perancangan ini dapat direalisasikan melalui PIPP. 9.0 PenutupPerkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan. Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini.Dalam aspek lain, kita tahu bahawa ramai para guru suka belajar dan mengembangkan ilmu mereka tentang apa saja perkara. Teori-teori tentang adult learning banyak mengatakan bahawa belajar itu sendiri adalah satu kemahiran. Lagi banyak seseorang itu mempraktikkan kemahiran tersebut, lagi senang baginya untuk belajar. Kerjaya guru masakini telah banyak menyediakan ruang dan peluang untuk guru belajar.

tugasan UBM

cerita deepavali

15 Okt 2009


Wednesday, October 14, 2009

Deepavali story

15 Okt 2009



Deepavali sudah hampir.rayakanlah bersama keluarga tersayang anda.

Kursus asas penghasilan blog

Tarikh 15 Okt 2009



Kursus asas penghasilan blog ini sungguh mudah sekali untuk direka.Cubalah reka satu untuk anda sendiri!